Skip to main content

2025 - 2026

PROGRAM CSR KELAB STAF FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN UTHM

*Program "Jejak Penyu Warisan Kita" Anjuran Kelab Staf FPTP Semarakkan Kesedaran Pemuliharaan*

Melaka, 30 Julai 2025 – Kelab Staf Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) sesi 2025/2026 telah berjaya menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan "Jejak Penyu Warisan Kita" bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Melaka.

Program berbentuk lawatan sehari ini melibatkan penyertaan dalam kalangan para staf FPTP dan berlangsung pada hari Rabu, 30 Julai 2025 dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga fakulti mengenai pentingnya pemuliharaan penyu sebagai khazanah alam yang semakin terancam. Sepanjang lawatan, para peserta didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan spesies penyu yang dilindungi, usaha pemeliharaan yang sedang dijalankan, serta peranan masyarakat dalam menjaga ekosistem marin.

Selain memberi nilai tambah dari sudut ilmu dan kesedaran alam sekitar, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara staf FPTP melalui aktiviti luar kampus yang santai namun bermanfaat.

Kelab Staf FPTP mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini.

#ksfptp #csrfptp #fptpcemerlangterbilang #visibilityfptp
#gtu2030

KS FPTP 25/26

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI FPTP

Tarikh : 24 April 2025

Tempat : Dewan Banquet, DSI, UTHM

Alhamdulillah, Kelab Staf FPTP telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2025. Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan hendaknya.

Kelab Staf FPTP dan fakulti merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

PROGRAM INFAQ RAMADAN KSFPTP

27 Mac 2025 | Alhamdulillah, Kelab Staf FPTP dan FPTP telah selesai melaksanakan sumbangan infaq raya kepada pekerja pembersihan di kawasan bangunan FPTP.

Ucapan Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua penderma diatas sumbangan.

Kelab Staf FPTP dan Fakulti merakamkan jutaan terima kasih dan semoga segala yang baik-baik akan berbalik kepada tuan/puan.

#ksfptp2526
#fptp
#fptpharmoni
#infaqramadanfptp

PROGRAM INFAQ RAMADAN KSFPTP

19 - 20 Mac 2025 | Alhamdulillah Program Infaq FPTP anjuran Kelab Staf FPTP dan FPTP telah berjaya dilaksanakan.

Ucapan Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua penderma diatas sumbangan.

Kelab Staf FPTP dan Fakulti merakamkan jutaan terima kasih dan semoga segala yang baik-baik akan berbalik kepada tuan/puan.

#ksfptp2526
#fptp
#fptpharmoni
#infaqramadanfptp

REWANG BUBUR LAMBUK FPTP

17 Mac 2025 | Program Anjuran Kelab Staf FPTP 25/26 telah berlangsung dengan jayanya dimana menghimpunkan sebahagian Warga FPTP bagi bergotong-royong menyediakan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan. Amalan tahunan yang dilaksanakan ini telah memupuk semangat satu pasukan dan kerjasama yang menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Sebanyak lebih 300 bungkus Bubur Lambuk telah diedarkan kepada Warga UTHM. Semoga Program seperti ini akan terus dilaksanakan dengan jayanya.

#fptp
#kebersamaanfptp
#fptpharmoni
#ksfptp
#gtu2030

PROGRAM SELAUTAN UNGU KELAB STAF FPTP 2025 (ZUMBA SIRI 1)

24 Feb 2025 | Alhamdulillah Kelab Staf FPTP mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada YBrs Dekan FPTP, Pengurusan Tertinggi FPTP dan semua warga FPTP dalam bersama-sama menjayakan Aktiviti Kecergasan (ZUMBA) Februari 2025.

Semoga kita sentiasa sihat, cergas dan ceria dalam menjalankan tugas.

#fptpterbaik #kelabstaffptp2526 #kebersamaanfptp #fptpterunggul #fptpsihat

SERAHAN LIMAU KEPADA STAF MERAIKAN PERAYAAN CNY2025

17 Jan 2025, 10.00 pg | Berlangsung Sesi penyerahan Kotak Limau oleh Pengerusi KSFPTP kepada staf sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025, Semoga Tahun ini Membawa Kesejahteraan,Kegembiraan dan Kekayaan kepada semua.

SELAMAT TAHUN BARU CINA
GONG XI FA CAI

KSFPTP 2023-2024