
2025 - 2026
PROGRAM LOT INFAQ RAMADHAN KSFPTP 2026

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
SEKALUNG PENGHARGAAN UCAPAN TERIMA KASIH
Alhamdulillah Kelab Staf FPTP dan FPTP merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penderma dan penyumbang program INFAQ RAMADAN FPTP 2026 Semoga sumbangan ini dapat memberi maanfaat kepada semua dibulan yang mulia ini.
Terima kasih
KSFPTP 2025/2026
PROGRAM GEROBOK INFAQ FPTP

Kelab Staf FPTP telah menganjurkan Program GEROBOK INFAQ FPTP dengan kerjasama Pusat Islam UTHM seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 4 Februari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Lokasi: Perkarangan Masjid UTHM
🚗 Kaedah: Pandu lalu (Drive Thru)
Kami mengalu-alukan sumbangan:
👕 Pakaian terpakai / belum dipakai yang masih elok
👖 Baju, seluar dan apa-apa jenis pakaian
🪝 Setiap pakaian hendaklah disertakan bersama penyangkut pakaian (hanger)
Semoga sumbangan kecil kita mampu memberi makna besar kepada mereka yang memerlukan.
Ayuh sama-sama kita hidupkan budaya berkongsi dan berinfaq! 🤍
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.
Kelab Staf FPTP UTHM 2025/2026
FIT @FPTP CHALLENGE 1.0 - BRISK WALK

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga fakulti, serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental dalam kalangan staf.
📅 Tarikh: 20 Januari 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: A4, FPTP
👕 Kod Pakaian: Pakaian sukan
🚶 Jarak: 3 KM
“Sihat itu aset, cergas itu pilihan!”
💪 Jom kita bergerak aktif, sihat dan bertenaga bersama dalam FIT@FPTP CHALLENGE 1.0 – BRIS WALK!
Kelab Staf FPTP UTHM 2025/2026
JUALAN BAJU OFFICIAL JERSEY KELAB STAF FPTP EDISI 2026
📢 *HEBAHAN JUALAN BAJU OFFICIAL JERSEY
KELAB STAF FPTP EDISI 2026* 👕
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga FPTP,
Sukacita dimaklumkan bahawa jualan Baju Official Jersey Kelab Staf FPTP Edisi 2026 kini dibuka dengan pilihan berikut:
👕 Jenis & Harga:
(JENIS KAIN RJPK; JERSEY 200-220gsm)
Berkolar – Lengan Pendek : RM36
Tidak Berkolar – Lengan Panjang : RM36
Muslimah : RM46
(BAYARAN TAMBAHAN RM10 DIKENAKAN BAGI SAIZ 5XL - 9XL)
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua warga FPTP.
Ayuh kita seragamkan identiti dan semangat kebersamaan Kelab Staf FPTP! 💜💜💜
—
Kelab Staf FPTP UTHM 2025/2026
PROGRAM JALINAN MESRA AD-DHUHA FPTP
Tarikh : 18 November 2025 (Selasa)
Tempat : Pusat Islam UTHM
Kelab Staf FPTP ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf fakulti yang telah sudi hadir dan menyertai Program Jalinan Kasih Ad-Dhuha. Kehadiran dan sokongan staf fakulti telah menyumbang kepada kejayaan program yang dianjurkan oleh KSFPTP.
SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA STAF FPTP YANG TELAH DITIMPA MUSIBAH
Kelab Staf FPTP (KSFPTP) mengambil maklum kepada staf FPTP yang telah ditimpa musibah. Sehubungan itu, KSFPTP telah menyerahkan sumbangan kebajikan kepada staf terlibat.
Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan serta dijauhkan perkara-perkara yang memudaratkan. Amin Ya Rabbal A'lamin.
KSFPTP 2025/2026
PROGRAM CSR KELAB STAF FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN UTHM
*Program "Jejak Penyu Warisan Kita" Anjuran Kelab Staf FPTP Semarakkan Kesedaran Pemuliharaan*
Melaka, 30 Julai 2025 – Kelab Staf Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) sesi 2025/2026 telah berjaya menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan "Jejak Penyu Warisan Kita" bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Melaka.
Program berbentuk lawatan sehari ini melibatkan penyertaan dalam kalangan para staf FPTP dan berlangsung pada hari Rabu, 30 Julai 2025 dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga fakulti mengenai pentingnya pemuliharaan penyu sebagai khazanah alam yang semakin terancam. Sepanjang lawatan, para peserta didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan spesies penyu yang dilindungi, usaha pemeliharaan yang sedang dijalankan, serta peranan masyarakat dalam menjaga ekosistem marin.
Selain memberi nilai tambah dari sudut ilmu dan kesedaran alam sekitar, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara staf FPTP melalui aktiviti luar kampus yang santai namun bermanfaat.
Kelab Staf FPTP mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini.
#ksfptp #csrfptp #fptpcemerlangterbilang #visibilityfptp
#gtu2030
KS FPTP 25/26
SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA STAF FPTP YANG TELAH DITIMPA MUSIBAH
Kelab Staf FPTP (KSFPTP) mengambil maklum diatas pemergian insan tersayang staf FPTP. Sehubungan itu, KSFPTP telah mengumpul dan menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada staf terlibat.
Semoga Allah SWT. merahmati roh mereka Al-Fatihah
KSFPTP 2025/2026
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI FPTP
Tarikh : 24 April 2025
Tempat : Dewan Banquet, DSI, UTHM
Alhamdulillah, Kelab Staf FPTP telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2025. Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan hendaknya.
Kelab Staf FPTP dan fakulti merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.
PROGRAM INFAQ RAMADAN KSFPTP

27 Mac 2025 | Alhamdulillah, Kelab Staf FPTP dan FPTP telah selesai melaksanakan sumbangan infaq raya kepada pekerja pembersihan di kawasan bangunan FPTP.
Ucapan Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua penderma diatas sumbangan.
Kelab Staf FPTP dan Fakulti merakamkan jutaan terima kasih dan semoga segala yang baik-baik akan berbalik kepada tuan/puan.
#ksfptp2526
#fptp
#fptpharmoni
#infaqramadanfptp
PROGRAM INFAQ RAMADAN KSFPTP
19 - 20 Mac 2025 | Alhamdulillah Program Infaq FPTP anjuran Kelab Staf FPTP dan FPTP telah berjaya dilaksanakan.
Ucapan Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua penderma diatas sumbangan.
Kelab Staf FPTP dan Fakulti merakamkan jutaan terima kasih dan semoga segala yang baik-baik akan berbalik kepada tuan/puan.
#ksfptp2526
#fptp
#fptpharmoni
#infaqramadanfptp
REWANG BUBUR LAMBUK FPTP
17 Mac 2025 | Program Anjuran Kelab Staf FPTP 25/26 telah berlangsung dengan jayanya dimana menghimpunkan sebahagian Warga FPTP bagi bergotong-royong menyediakan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan. Amalan tahunan yang dilaksanakan ini telah memupuk semangat satu pasukan dan kerjasama yang menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Sebanyak lebih 300 bungkus Bubur Lambuk telah diedarkan kepada Warga UTHM. Semoga Program seperti ini akan terus dilaksanakan dengan jayanya.
#fptp
#kebersamaanfptp
#fptpharmoni
#ksfptp
#gtu2030
PROGRAM LOT INFAQ RAMADHAN KSFPTP 2025
Assalamualaikum WBt dan Selamat Sejahtera.
SEKALUNG PENGHARGAAN UCAPAN TERIMA KASIH
Alhamdulillah Kelab Staf FPTP dan FPTP merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penderma dan penyumbang program INFAQ RAMADAN FPTP 2025 Semoga sumbangan ini dapat memberi maanfaat kepada semua dibulan yang mulia ini.
Terima kasih
KSFPTP 2025/2026
PROGRAM SELAUTAN UNGU KELAB STAF FPTP 2025 (ZUMBA SIRI 1)

24 Feb 2025 | Alhamdulillah Kelab Staf FPTP mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs Dekan FPTP, Pengurusan Tertinggi FPTP dan semua warga FPTP dalam bersama-sama menjayakan Aktiviti Kecergasan (ZUMBA) Februari 2025.
Semoga kita sentiasa sihat, cergas dan ceria dalam menjalankan tugas.
#fptpterbaik #kelabstaffptp2526 #kebersamaanfptp #fptpterunggul #fptpsihat
SERAHAN LIMAU KEPADA STAF MERAIKAN PERAYAAN CNY2025

17 Jan 2025, 10.00 pg | Berlangsung sesi penyerahan Kotak Limau oleh Pengerusi KSFPTP kepada staf FPTP sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025. Semoga Tahun ini Membawa Kesejahteraan,Kegembiraan dan Kekayaan kepada semua.
SELAMAT TAHUN BARU CINA
GONG XI FA CAI
MESYUARAT KELAB STAF BIL 1/2025 DAN SESI SERAHAN TUGAS
15 Jan 2025, 9.00 pg | Berlangsung mesyuarat Kelab Staf FPTP Bil.1/2025 dan sesi serahan tugas dari ahli KSFPTP sesi 2023/2024 kepada KSFPTP sesi 2025/2026.
Ts. Dr. Mohd Hilmi Izwan bin Abd Rahim selaku pengerusi mengucapkan tahniah diatas lantikan JK KSFPTP kepada ahli-ahli baru.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2025 yang akan dilaksanakan oleh KSFPTP.


