Skip to main content

CENTER of SUSTAINABLE INFRASTRUCTURE & ENVIROMENTAL MANAGEMNET

News

CSEIM, FPTP, UTHM DAN Universitas Labuhan Batu (ULB), Indonesia Perkukuh Kerjasama Serantau melalui MoU

BATU PAHAT | 27 Ogos 2025
Pusat Infrustruktur Mampan dan Pengurusan Alam Sekitar (CSIEM), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangi MoU bersama Universitas Labuhanbatu (ULB) pada 27 Ogos 2025.

Perjanjian kerjasama ini ditandatangani oleh Dekan FPTP, iaitu Profesor Madya Dr. Md Asrul Nasid Masrom, disaksikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan isitu Prof Madya Ts. Dr. Narimah Kasim. Manakala bagi pihak ULB pula diwakili oleh Rektor ULB, Profesor Madya Dr. Ade Parlaungan Nasution dan disaksikan oleh Dr. Marlina Siregar iaitu wakil Rektor 3 ULB.

Majlis MoU telah diadakan di Perpustakaann Tunku Tun Aminah (PTTA) yang diselaraskan oleh Penyelaras MOU iaitu Prof Ts Dr. Seow Ta Wee.

Adalah diharapkan kerjasama ini bakal merintis hubungan yang lebih erat di masa-masa akan datang yang mencakupi kerjasama serantau.

Oleh: Prof Madya Dr. Haryati Shafii & Prof Madya Dr. Roshartini Omar,

CSIEM,

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)

Become Part of Our
Creative Community