UTHM PUPUK KESEDARAN ALAM MARIN DALAM KALANGAN PELAJAR
Kira-kira dua tan sampah berjaya dikutip menerusi Program Kesedaran Alam Marin:'Global Beach Clean Up' yang dilaksanakan di Pulau Mawar, Mersing, baru-baru ini.
Program khidmat sosial sempena ‘Hari Laut Sedunia’ anjuran Kelab Pengurusan Teknologi (TMB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM (UTHM) itu disertai seramai 157 pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP) sebagai usaha memulih dan memelihara kebersihan kawasan persisir pantai.